copy? boleh blah !

Thursday, May 24, 2012

misteri


'Jangan pergi sana, korang tak tau apa ada dekat situ. Tolong jangan' rafiq tercungap-cungap. Semua orang yang bersemangat nak menunjukkan keberanian masing-masing tadi terhenti. Riuh rendah tadi, jadi diam.

'Apa benda kau ckp ni? aku pukul kau karang kalau kau cuba nak takutkan aku.' hail bersuara sambil buku limanya ditujukan dimuka rafiq. Tanpa membuang masa, masuklah hail kedalam sana bersama kawan karibnya firdaus. sempat die mengejek rafiq yang menangis ketakutan.

Sepatutnya bola tadi boleh diambil dalam beberapa saat sahaja sebab tidaklah jauh sangat. Seolah-olah angin yang menolak bola tadi pergi kebelakang semak tidak jauh daripada pokok besar tu. Tetapi Hail dan firdaus tak muncul-muncul. Semua orang ketakutan dan ada dah yang balik ke rumah, malas menunggu.

Sampai sekarang, Dimana hail dengan fidot?

Soalan itu terjawab, selepas beberapa minggu. mayat dua orang budak lingkungan 12-13 tahun dijumpai dikerat-kerat badan mereka kemudian dilekatkan semula di tempat yang berlainan. seperti telinga di mata, kaki di tangan. ngeri!

Rafiq si cengeng tadi menghilang kan diri tidak pernah muncul sejak kes tu. Kedegilan si pembuli membawa padah. Nasihat ditolak.

Sebenarnya rafiq tidak pernah wujud dan hanya muncul pada
masa tu je. teheee Assalamualaikum. 


No comments: